Wednesday, April 20, 2011

Dunia Fizik Saya

Setelah sekian lama tidak mengemas kini blog, masa minggu belajar ini saya mengambil kesempatan sedikit untuk mengisi ruangan ini. He... baru ada ruang masa yang mengizinkan.  Entri kali ini, saya cuma ingin memaklumkan bahawa saya sedang dalam pembinaan website percuma untuk subjek fizik. Masih baru lagi. hehe.. belum sampai sebulan. Baru sekejap tadi juga saya siap mengedit gambar untuk laman web fizik itu. website yang saya cuba hasilkan ini bertujuan untuk dijadikan medium pengajaran pada suatu hari nanti. Murid-murid saya boleh membuat akses ke web tersebut untuk menjawab soalan-soalan di sana sebagai sampingan ketika melayari internet. Masih baru dan masih banyak ruang untuk diisi.
Inilah gambar untuk header website dunia fizik saya. Sila lah melawat ke website saya. klik sini
Semoga usaha yang saya lakukan ini memberi manfaat kepada semua.

Friday, March 11, 2011

Mencuba edit Gambar..


Aku sebenarnya suka mengambil gambar. Ini salah satu daripada gambar yang aku ambil menggunakan kamera Canon A3100, tetapi aku telah membuat editing sedikit. Saja-saja nak edit, mahu mencuba aplikasi ilmu yang diajar. He... ni gambar bunga yang aku ambil di bulatan dekat tempat aku tinggal sekarang ni... hehe. Harap anda semua suka, al maklumlah, masih baru berjinak-jinak dengan edit gambar dan ambil gambar.. hahaha.

Tsunami di Jepun 11 Mac 2011

"jangan pergi ke pantai ah.... " suara itu kedengaran tatkala aku melintas di kelompok manusia yang sedang berbicara tadi. Aku menyibukkan diri mencelah masuk ke perbincangan mereka."apa yang terjadi?"... " tsunami berlaku di Jepun... "

Itulah yang berlaku petang tadi. Aku segera mengeluarkan telefon dan mengakses ke internet, mahu mengetahui berita dengan lebih lanjut. Memang Tsunami berlaku. Balik ke bilik, aku mengakses internet dari laptop ku untuk mengetahui berita dengan lebih lanjut. Tetapi masih belum ada laporan rasmi memberitahu tentang jumlah kerosakan dan sebagainya. Teringat rakan sekolah yang melanjutkan pelajaran di sana.. Harap dia berada dalam perlindungan keselamatan.

Sama-sama kita berdoa minta dijauhkan dari bala bencana.

p/s: untuk mengetahui dengan lebih lanjut,sila buat pencarian di laman youtube. Banyak video saksi kejadian yang dikongsi di sana. Sama-sama kita mengambil iktibar dari peringatan yang di turunkan.

Monday, March 7, 2011

Rancang Masa Anda Sebiknya

Ketika kita masih lapang, tentu kita merasa tenang dan gembira. Tidak ada kerja yang perlu diselesaikn dengan segera. Namun, adakah wajar untuk kita terus tidak melakukan apa-apa ketika masih lapang? Ayuh, tukar tabiat kita. Masa lapang perlu diisi dengan melakukan prkara yang bermanfaat kepada diri kita dan juga orang lain. Ketika ini saya berada di dalam bas menunggu untuk pulang. Di perpustakaan tadi sungguh memenatkan. Saya tidak membawa beg hari ini. He. Inilah fungsinya telefon pintar. Nasib saya memilih untuk membeli telefon pintar yang mempunyai aplikasi microsoft word. HTC snap, banyak kegunaan. Boleh membaca slide power point dan banyak lagi. Nak dibandingkan dengan telefon pintar lain, saya mungkin agak ketinggalan. He. Tetapi saya syukur, apa yang saya perlukan ada. Hehe. Melalut pula. Ok lah. Bas dah bergerak. Jumpa lagi. He.

Sunday, March 6, 2011

Mencari Ilham

Wah, entri kali ini berbunyi macam ilmiah saja. He. Sebenarnya biasa-biasa sahaja. Lama sudah tidak membuat post di blog. Kekangan masa ketika ini sangat mencengkam. Inipun membuat entri hanya dari handphone. Sekarang saya dalam perjalanan menuju ke perpustakaan di bandar, mencari ilham untuk menyiapkan tugasan. He. Mencari rujukan. apa-apa pun, nantikan kemunculan entri seterusnya, mungkin tidak untuk masa terdekat. Okey, jumpa lagi. He.

Wednesday, March 2, 2011

Jangan kata "Terpaksa..."

Terpaksalah... satu perkataan yang sering kita dengar. Percaya atau tidak, cuba kira perkataan "tepaksa.." yang anda dengar dalam satu hari. Perkataan ini menjadi perkataan yang senang untuk disebut. Suka atau tidak satu perkara atau tugas itu perlu kita laksanakan. 

Dalam konteks mahu menjadi pendidik yang cemerlang, perkataan "terpaksa.." perlu di tiadakan. Antara ayat yang selalu menggunakan perkatan "terpaksa" dalam konteks pendidikan ialah ketika tugas diberi.. contohnya...

"Terpaksalah datang untuk kelas tambahan petang ini."..
"Saya balik lewat kerana terpaksa memantau pelajar berlatih untuk malam kesenian esok"...
Banyak lagi contoh ayat yang menggunakan perkataan terpaksa. Anda boleh fikirkannya sendiri, berapa kali dalam sehari perkataan terpaksa ini anda gunakan. Bukan untuk menidakkan perkataan terpaksa digunakan, tetapi alangkah molek pekataan lain digunakan. contohnya...

"Saya diperlukan untuk datang mengajar kelas tambahan petang ini."..
"Saya balik lewat kerana mahu memantau pelajar berlatih untuk malam kesenian esok"..

Adakah perkataan terpaksa ini sesuai untuk digunakan oleh seorang yang akan menjadi penjawat awam profesional? Perkataan terpaksa ini apabila diamati sebenarnya dalam diam kita menyataka ketidak relaan kita untuk melakukan sesuatu perkara tersebut. "Kenapa tidak orang lain??" Itu yang bermain dalam fikiran kita. "Kenapa aku juga yang perlu...." Ayat-ayat ini sering bermain difikiran kita. Mengapa perlu kita berkira untuk melakukan sesuatu kerja. Ayat-ayat ini merupakan ayat-ayat yang menuntut untuk kerja dilakukan secara sama-rata. Ya, kerja perlu dibahagi secara sama rata. Tetapi, perlukah kita berkira. Adalah lebih baik kita lakukan yang terbaik dan yang termampu kita lakukan. Penat atau lelah merupakan cerita yang kedua. Dengan berfikiran positif, kita perlu menampilkan contoh teladan yang baik kepada orang yang kurang memberi kerjasama dan yang sering mengelak untuk melakukan tugas.
Panjang cerita apabila menceritakan tentang terpaksa... buang yang keruh ambil yang jernih. Dalam kita melakukan tugas dalam satu kumpulan, perlu ada toleransi. Kita lakukan tugas yang diberikan kepada kita sebaiknya dan tidak mempertikaikan tugas rakan yang lain. Bukan untuk menidakkan hak kesamarataan. Tetapi, biarlah kita berkorban untuk pasukan kita. Matlamat adalah sama, lakukan yang terbaik tanpa mengeluh. Suatu hari nanti pengorbanan yang dianggap satu beban dahulu menjadi kelebihan di masa kana datang. Nasihat ini bukan hanya untuk anda, tetapi lebih penting untuk diri saya. Semoga saya menjadi orang yang memberi manfaat kepada orang lain. Tidak mahu disanjung, hanya doa ku pohon. Yang terbaik untuk semua....

Sunday, February 27, 2011

Gembira sebagai kawan. Dulu nakal, sekarang Pilot....

Dulu aku kenal dia, memang dia nakal. Tidak sama-sama menghabiskan belajar di sekolah yang sama. Dia memang nakal, kerana kenakalannya itulah dia terpaksa untuk berpindah. Namun, siapa sangka, dulu nakal, sekarang hebat. Menjadi orang yang hebat. Lebih hebat berbanding orang yang tidak nakal dahulu.

Baru sahaja chatting dengan rakan yang sudah lama tidak berjumpa. loss contect. Walaupun sudah sekian lama tidak bertemu, tetapi masih terpahat di dalam ingatan. "mana aku boleh lupakan kau, kau kan rumeet aku bah..." kawan tetap kawan sampai bila-bila. Sekarang dia sudah menjadi tidak lama lagi dia akan menjadi juruterbang. Teringat kenakalan dia dahulu. Memang selalu dimarah guru. Selalu di ejek-ejek kawan. hehe... bergaduh-gaduh. sekiranya cikgu yang pernah mengajar dia tahu apa yang dia jadi sekarang, tentu mereka akan bangga dan gembira. Sekarang, setiap kali menaiki kapal terbang, aku akan mendengar dengan teliti siapa yang menjadi Juruterbangnya.. akan ku nanti namanya.. sekiranya ada, aku mahu berjumpa dengannya. Mengucapkan Tahniah!!!..... orang lain sudah berjaya. Aku bila lagi?... he. InsyaAllah, akan berjaya juga.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...