Showing posts with label umum. Show all posts
Showing posts with label umum. Show all posts

Wednesday, April 20, 2011

Dunia Fizik Saya

Setelah sekian lama tidak mengemas kini blog, masa minggu belajar ini saya mengambil kesempatan sedikit untuk mengisi ruangan ini. He... baru ada ruang masa yang mengizinkan.  Entri kali ini, saya cuma ingin memaklumkan bahawa saya sedang dalam pembinaan website percuma untuk subjek fizik. Masih baru lagi. hehe.. belum sampai sebulan. Baru sekejap tadi juga saya siap mengedit gambar untuk laman web fizik itu. website yang saya cuba hasilkan ini bertujuan untuk dijadikan medium pengajaran pada suatu hari nanti. Murid-murid saya boleh membuat akses ke web tersebut untuk menjawab soalan-soalan di sana sebagai sampingan ketika melayari internet. Masih baru dan masih banyak ruang untuk diisi.
Inilah gambar untuk header website dunia fizik saya. Sila lah melawat ke website saya. klik sini
Semoga usaha yang saya lakukan ini memberi manfaat kepada semua.

Friday, March 11, 2011

Tsunami di Jepun 11 Mac 2011

"jangan pergi ke pantai ah.... " suara itu kedengaran tatkala aku melintas di kelompok manusia yang sedang berbicara tadi. Aku menyibukkan diri mencelah masuk ke perbincangan mereka."apa yang terjadi?"... " tsunami berlaku di Jepun... "

Itulah yang berlaku petang tadi. Aku segera mengeluarkan telefon dan mengakses ke internet, mahu mengetahui berita dengan lebih lanjut. Memang Tsunami berlaku. Balik ke bilik, aku mengakses internet dari laptop ku untuk mengetahui berita dengan lebih lanjut. Tetapi masih belum ada laporan rasmi memberitahu tentang jumlah kerosakan dan sebagainya. Teringat rakan sekolah yang melanjutkan pelajaran di sana.. Harap dia berada dalam perlindungan keselamatan.

Sama-sama kita berdoa minta dijauhkan dari bala bencana.

p/s: untuk mengetahui dengan lebih lanjut,sila buat pencarian di laman youtube. Banyak video saksi kejadian yang dikongsi di sana. Sama-sama kita mengambil iktibar dari peringatan yang di turunkan.

Friday, February 25, 2011

Menggembirakan orang walaupun tidak berbalas..

Sengaja saya meletakkan satu pernyataan di facebook saya. Apa yang saya tulis adalah seperti berikut. "Hidup biarlah menggembirakan orang... agar bertiti di bibir mereka doa untuk kita bila kita sudah tiada... hm". Pantas dibalas oleh rakan saya dengan menyatakan "sekiranya orang tidak menggembirakan kita?"... 

Menggembirakan orang tidak semestinya membuat lawak di hadapan mereka. Dengan hanya satu senyuman pun sudah cukup untuk membuat orang lain berasa gembira. Mungkin pada saat itu dia menghadapi duka. Janganlah kita menambah dukanya dengan turut serta dalam berduka. Bukan bererti kita ketawa sehingga boleh menyinggung perasaannya. Apa yang kita boleh lakukan ialah memberi kata-kata semangat agar dia tidak terus lemah dan terkulai layu. 

Pelbagai cara boleh dilakukan untuk menggembirakan orang lain. Apabila dia seorang ketua, kita memberi sokongan terhadap apa yang diusahakannya. Jangan terlalu banyak membantah sehingga setiap perancangan yang dilakukannya tergendala. Apabila dia seorang guru, kita memberikan tumpuan ketika belajar di dalam kelas.Banyak lagi perkara yang kita boleh menggembirakan orang lain.

Apabila kita merenung kembali, adakah kita pernah mengucapkan terima kasih kepada pekerja pembersihan yang membersihkan kawasan yang sering kita lalu. Yang sering kelihatan ialah kelibat tua yang menyapu sampah ditepian jalan. Mereka selalunya merendahkan muka mereka, mungkin kerana rendah diri dengan diri mereka, tidak mahu diketahui orang. Namun mereka juga adalah manusia,.. mencari sesuap nasi dengan rezeki yang halal. Sekurang-kurangnya senyum dan sapa tanda hormat. Kerana mereka juga berhak untuk gembira. Biarpun gembira itu hanya seketika, sekurang-kurangnya mereka merasa diri dihargai. 

Aku mengharapkan aku jadi begitu, menggembirakan orang tidak mengenal erti siapa mereka. Aku harapkan begitu... biarpun tidak dikenali. Asalkan aku tahu, mereka gembira. walaupun aku tidak digembirakan.

Monday, February 21, 2011

Berita Harian Online | Bantahan Libya dihujani misil (Saya sayang Malaysia)...

Selalunya sesebuah negara itu membeli senjata untuk mempertahankan negara. Situasi berlainan terjadi di Libya. Rakyat sendiri dianggap musuh dengan menembak dan membunuh. Mungkin ada yang berpendapat kenyataan ini tidak adil. Saya merasakan kenyataan ini tidak adil walaupun dibuat oleh saya. Ini kerana kita tidak berada di sana untuk mengetahui perkara sebenar. Apa yang kia nampak hanyalah dari kaca mata penulis yang juga mungkin menulis dari kaca mata orang lain.
Apa-apa pun, saya mengharapkan penyelesaian secara baik dapat dilakukan bagi mengakhiri pertumpahan darah yang berlaku. Dalam onteks negara kita, diharap kejadian seumpama ini tidak berlaku. Rakyat perlu bertindak rasional dalam melakukan sebarang tindakan. Demonstrasi bukan cara kita. Kita mempunyai cara yang lebih baik dalam menangani masalah. Demonstrasi yang dilakukan selalunya mengundang kepada kerosakan harta awam yang banyak, ekonomi menjadi statik, keselamatan terancam, dan banyak lagi kesan negatif yang pastinya akan merugikan kita. Umpama seperti mengelar pergelangan tangan membunuh diri untuk meraih perhatian dan menuntut keperluan di penuhi. Demonstrasi bukan cara kita!!! Kita ada undang-undang, ada pilihanraya. Undi pada yang memahami keperluan rakyat. Bukan yang hanya bijak berkata-kata, atau yang hanya bijak memahami rakyat bila tiba pilihanraya. Ayuh kita berfikir...

Berita Harian Online | Calon Pro-M ditemui dalam keadaan bingung, menangis


Syukurlah sudah ditemui. Pihak yang berkenaan perlu mengambil tindakan menyiasat perkara ini. Ini bukan perkara main-main dan gurauan. Kejadian seperti ini perlu menjadi iktibar agar tidak berulang lagi. Bukan hanya fokus kepada suasana semasa pilihanraya kampus, tetapi lebih kepada soal keselamatan pelajar ketika berada diluar. Saya menyarankan dicipta alat pengesan menggunakan GPS yang membolehkan kedudukan setiap individu dengan izin diri individu tersebut dikesan. mungkin alat tersebut tidak perlu besar seperti telefon, mungkin sebesar cincin atau kunci bagi mengesan kedudukannya apabila dilaporkan hilang. Alat ini bukan hanya untuk kegunaan individu, boleh digunakan untuk kereta atau motosikal. Apabila dicuri, kita tahu dimana kedudukannya. Ayuh, kita fikir-fikirkan...

Sunday, February 20, 2011

Sebelah kaki di neraka. Pilihanraya kampus, apa hala tuju kepimpian pelajar?

Pilihanraya kampus kebanyakannya sedang hangat berlangsung. Perang poster berlaku umpama pilihanraya umum negara. Yang berada di luar kampus mungkin tidak merasainya. Membaca akhbar semalam, sampai ada calon yang hilang entah ke mana. Sungguh dahsyat. Timbul persoalan, apa yang membuatkan sehingga dia hilang? Apa yang berlaku? Perkara ini lebih dahsyat dari pilihanraya umum, sebab tidak pernah berlaku calon hilang.
Menjadi seorang pemimpin bukan sesuatu yang mudah. Tetapi, bila tiada yang mahu memimpin nanti menjadi masalah juga. Jadi, haruslah berpada-pada dalam segala urusan. Tidak mudah untuk menjadi pemimpin, kerana sebelah kaki sudah di dalam neraka. Mahu menarik kaki tersebut kembali memerlukan kita untuk menjalankan amanah sebaiknya. Amanah tidak nampak, tetapi sangatlah berat untuk dipikul.
Berbalik kepada pilihanraya kampus, tujuan utama pelajar datang ke kampus ialah belajar. Terdengar juga kawan berbual tentang calon yang hanya sibuk berkempen sehingga menidakkan assignment kumpulan yang perlu dihantar. Tidak semua begitu. Namun ada sebilangan yang masih mahu menggalas tanggungjawab yang dicipta sendiri sedangkan tidak mampu. Belajar urusan utama. Ingatlah ayah dan ibu yang mengharapkan anda cemerlang, bukan kecundang.
Sekiranya tidak mampu untuk menjadi ketua, menjadi ahli yang baik sudah cukup untuk menyumbang kepada masyarakat. Banyak yang saya mahu perkatakan, tetapi cukuplah sampai di sini dahulu. Bukan hanya terhad kepada pilihanraya kampus, tetapi juga kepada pilihanraya dalam konteks negara. Kepada calon yang menang, jadilah pemimpin yang baik dan melakukan amanah dengan telus. Yang tidak berjaya, jadilah rakyat yang baik. Pendokong kepada pemimpin yang telah dipilih. Jangan sekadar melihat kekurangan dan menyuarakannya. Apa yng lebih penting ialah cara penyelesaian yang terbaik. Anda tentukan sendiri. Fikirkanlah.

Pemikiran kita menjelang wawasan 2020

Sekarang saya di dalam bas untuk pulang selepas meronda di sekitar bandar. Meronda istilah saya ialah bersiar-siar di bandar. Masihkah akan terus begini? Melihat kepada suasana di perhentian bas ini, saya tidak yakin wawasan 2020 akan tercapai. Mungkin di kawasan lain, hasrat akan tercapai. Bukan melihat kepada struktur yang dibina, tetapi pemikiran warga sekitar. Bukan tidak cemerlang, tetapi mungkin peluang untuk cemerlang tertutup rapat serapat pintu bas yang ditutup. Yang menutup bukanlah prasarana, tetapi pemikiran. Bukan salah mereka kerana apa yang pasti tingkat keperluan hidup yang paling asas mengikut teori maslow masih belum dipenuhi. Saya mengharap, 10 tahun akan datang bila saya kembali ke sini, ada sinar cemerlang 2020 di setiap wajah. Semoga maju jaya.

Saturday, February 19, 2011

Mencuba Post di Blog melalui email

Ini hanyalah satu percubaan. Nak cuba benda yang baru. Tidak salah mencuba sesuatu yang lebih baik. Sekiranya anda boleh membaca entri ini, bermakna percubaan saya berjaya. He. Itu gambar kamera saya yang percuma saya dapat. Dengn kamera itulah saya dapat mengambil gambar untuk dikongsi dengan anda. He. Dapat tak ye post ni? Saya harap berjaya. Saya post entri ini sambil berbaring je ni. hehehe

MyLot Review!!! apa itu mylot??

Sekadar untuk mengisi masa lapang. Kadang-kadang tak tahu nak buat apa. Saya baru saja ikut satu forum ni, tu pun adik yang invite. Layan je lah. Mahu kata forum, tak jugak. Lebih kuranglah tu, macam perbincangan juga lah. myLot, mungkin ada yang tahu ada yang tidak. myLot ni seperti forum, ada yang menyatakan masalah dan kita cuba membantu.Tetapi dalam bahasa Inggeris. Apa yang menarik sedikit ialah apabila kita respon kepada sesuatu topik dan kita aktif di sana, kita dibayar untuk semua itu. Tetapi saya pun tak tahu berapa myLot bayar, sebab saya masih baru di sana. Nak katakan menjana pendapatan di sana mungkin ya kalau saya rajin, dan mungkin tidak kalau saya kurang rajin. Hehehe... apa-apa pun, saya sekadar ikut untuk menguatkan bahasa Inggeris saya. My English is not strong enough. Tetapi kita akan berasa gembira apabila apa yang kita tulis dalam bahasa Inggeris boleh difahami oleh penutur asal bahasa tersebut. Sama juga seperti Bahasa Melayu, apabila ada orang putih yang boleh berbahasa melayu, tentu kita terkejut dan kagum yang dia boleh bertutur dalam bahasa melayu walaupun sebutan tidak betul.Tentu orang putih tersebut akan tersengih-sengih di belakang kita apabila kita faham apa yang dia tuturkan. hehehe... macam saya bertutur dengan orang putih gak, saya akan tersengih-sengih kerana apa yang saya cakap difahaminya. Grammar??? hahaha.... biarlah tunggang langgang. Asalkan ada usaha untuk membaikinya...  hahaha.... ape yang saya cerita ni.... dari MyLot kepada bertutur pula. Apa-apa pun, sekiranya kamu berminat, sila lah jengguk-jengguk web tersebut. Mana tahu berminat. Inilah platform untuk anda mencuba kemahiran bahasa Inggeris anda. Kiranya tempat untuk praktik ilmu BI yang ada. hehe... Ini link dia....

semoga maju jaya dan jangan takut untuk mencuba.

Thursday, February 10, 2011

Cerita pasal mati!!!

Apabila membaca KOSMO secara online hari ni, baru aku perasan banyak cerita pasal mati. Sebut pasal mati, timbul satu persoalan, sudahkah aku bersedia menghadapi saatku mati?? Tarikh kematian tentu sekali adalah rahsia yang tidak dapat dibongkar ketika hidup. Cara kematian juga adalah pelbagai. Hmmm.... terdetik di hati, sudah bersediakah aku untuk menghadapi MATI!! fikirkanlah...
Berikut merupakan link kepada KOSMO online..

Thursday, January 27, 2011

Aku tak kisah, apa nak jadi, jadilah...

Betul kah kita mengambil kisah tentang prubahan iklim dunia? Betulkah kita kisah tentang tahap pencairan ais di kutub utara dan kutub selatan? Betulkah kita kisah tentang ribut yang semakin kerap melanda, banjir yang ganjil, gempa bumi yang semakin mengganas. Betulkah kita kisah?
Ya, saya mengetahui semua itu. Tetapi saya tetap menggunakan beg plastik ketika membeli barangan di supermarket. Apelah sangat 20 sen untuk satu beg plastik. Saya tetap menggunakan elektrik mengikut sesuka hati saya. Saya tetap memasang komputer riba saya walaupun tidak menggunakannya. Saya tetap melakukan pembakaran secara terbuka. Saya tetap membuang sampah dalam satu tong sampah dan tidak mengitar semula bahan seperti kertas. Banyak lagi yang saya lakukan. Saya ambil tahu tentang pemanasan global yang berlaku. Tapi, apa boleh buat. Orang di sekeliling saya pun begitu.
Adakah itu sikap anda. Percayalah, perubahan bermula dari diri anda. Biarlah anda yang menjadi agen kepada perubahan. Apa yang penting, perubahan anda hari ini memberi sinaran harapan kepada generasi akan datang. Selamatkan Bumi Kita. Untuk membaca nukilan saya mengenai alam sekitar, sila klik di sini. Terima kasih.

Tuesday, January 25, 2011

Pengenalan


Sudah sekian lama saya berniat ingin menghasilkan sebuah blog. Seringkali usaha itu terbantut kerana kesibukan kerja. Kini, hasrat untuk menjadi penulis blog tercapai. Blog ini akan menjadi platform untuk saya menyatakan perkara-perkara yang bermain difikiran saya selama ini. Tidak hanya tertumpu kepada sesuatu perkara, saya akan menulis apa sahaja yang terlintas difikiran. Perkara-perkara ini mungkin berkisar dengan apa yang pernah dialami, yang selalu diamati dan yang sentiasa bermain difikiran. Semoga apa yang saya coretkan di laman ini boleh memberi manfaat kepada kita semua.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...