Showing posts with label alam sekitar. Show all posts
Showing posts with label alam sekitar. Show all posts

Friday, March 11, 2011

Tsunami di Jepun 11 Mac 2011

"jangan pergi ke pantai ah.... " suara itu kedengaran tatkala aku melintas di kelompok manusia yang sedang berbicara tadi. Aku menyibukkan diri mencelah masuk ke perbincangan mereka."apa yang terjadi?"... " tsunami berlaku di Jepun... "

Itulah yang berlaku petang tadi. Aku segera mengeluarkan telefon dan mengakses ke internet, mahu mengetahui berita dengan lebih lanjut. Memang Tsunami berlaku. Balik ke bilik, aku mengakses internet dari laptop ku untuk mengetahui berita dengan lebih lanjut. Tetapi masih belum ada laporan rasmi memberitahu tentang jumlah kerosakan dan sebagainya. Teringat rakan sekolah yang melanjutkan pelajaran di sana.. Harap dia berada dalam perlindungan keselamatan.

Sama-sama kita berdoa minta dijauhkan dari bala bencana.

p/s: untuk mengetahui dengan lebih lanjut,sila buat pencarian di laman youtube. Banyak video saksi kejadian yang dikongsi di sana. Sama-sama kita mengambil iktibar dari peringatan yang di turunkan.

Saturday, February 19, 2011

Kita tidak serius!!!

Dalam negara mengorak langkah menuju wawasan 2020, kita masih tidak serius tentang isu alam sekitar. Apabila membaca berita laporan harian metro hari ini, jelas menunjukkan bahawa kita masih belum cukup bersedia menjadi negara contoh dalam pembangunan dan penggunaan teknologi hijau. Mungkin pandangan saya ini hanya umpama bunyi kentut di hujung bilik yang apabila didengari hanya akan mejadi bahan ketawa rakan-rakan. Saya sedar bahawa siapalah saya yang hanya umpama seekor semut dalam kawanan gajah yang ramai. Namun, saya berharap usaha menjaga alam sekitar bukan hanya sekadar perbualan  dalam kawanan gajah sahaja. Apa yang lebih penting ialah pelaksanaan. Sekurang-kurangnya, kita melakukan sesuatu. Penggunaan beg plastik perlulah kita kurangkan, bukan sahaja boleh menjaga alam sekitar dengan cara menggurangkan kewujudannya di muka bumi ini, malah turut dapat menjimatkan penggunaan petroleum untuk menghasilkannya. Hari-hari adalah hari tanpa beg plastik, mungkin itu matlamat akhir kempen hari Sabtu, Ahad , dan Isnin tanpa beg plastik yang diadakan sekarang. Sekiranya kita lebih serius lagi, tukarkan semua kilang beg plastik yang ada kepada kilang beg kain. pasti tiada lagi penggunaan beg plastik. Apa yang saya melalut panjang ni....? he... sekadar untuk mengingatkan diri dan anda sekalian, hargailah alam kita. Lakukanlah kitar semula. Bermula dari diri anda, mempengaruhi orang dirumah anda, kemudian mempengaruhi rakan sekerja, kemudian mempengaruhi jiran tetangga anda, dan seterusnya. Jadilah salah seorang agen perubahan, walaupun nama anda tidak tercatat dalam lipatan sejarah negara, sekurang-kurangnya anda tahu anda ada melakukan sesuatu, dan anda tidak akan menyesal bila sudah tiada nanti. hehe.. Ini link untuk berita tersebut.... kita memang tidak peduli!!!..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...