Showing posts with label ceritaku. Show all posts
Showing posts with label ceritaku. Show all posts

Wednesday, April 20, 2011

Dunia Fizik Saya

Setelah sekian lama tidak mengemas kini blog, masa minggu belajar ini saya mengambil kesempatan sedikit untuk mengisi ruangan ini. He... baru ada ruang masa yang mengizinkan.  Entri kali ini, saya cuma ingin memaklumkan bahawa saya sedang dalam pembinaan website percuma untuk subjek fizik. Masih baru lagi. hehe.. belum sampai sebulan. Baru sekejap tadi juga saya siap mengedit gambar untuk laman web fizik itu. website yang saya cuba hasilkan ini bertujuan untuk dijadikan medium pengajaran pada suatu hari nanti. Murid-murid saya boleh membuat akses ke web tersebut untuk menjawab soalan-soalan di sana sebagai sampingan ketika melayari internet. Masih baru dan masih banyak ruang untuk diisi.
Inilah gambar untuk header website dunia fizik saya. Sila lah melawat ke website saya. klik sini
Semoga usaha yang saya lakukan ini memberi manfaat kepada semua.

Friday, March 11, 2011

Mencuba edit Gambar..


Aku sebenarnya suka mengambil gambar. Ini salah satu daripada gambar yang aku ambil menggunakan kamera Canon A3100, tetapi aku telah membuat editing sedikit. Saja-saja nak edit, mahu mencuba aplikasi ilmu yang diajar. He... ni gambar bunga yang aku ambil di bulatan dekat tempat aku tinggal sekarang ni... hehe. Harap anda semua suka, al maklumlah, masih baru berjinak-jinak dengan edit gambar dan ambil gambar.. hahaha.

Tsunami di Jepun 11 Mac 2011

"jangan pergi ke pantai ah.... " suara itu kedengaran tatkala aku melintas di kelompok manusia yang sedang berbicara tadi. Aku menyibukkan diri mencelah masuk ke perbincangan mereka."apa yang terjadi?"... " tsunami berlaku di Jepun... "

Itulah yang berlaku petang tadi. Aku segera mengeluarkan telefon dan mengakses ke internet, mahu mengetahui berita dengan lebih lanjut. Memang Tsunami berlaku. Balik ke bilik, aku mengakses internet dari laptop ku untuk mengetahui berita dengan lebih lanjut. Tetapi masih belum ada laporan rasmi memberitahu tentang jumlah kerosakan dan sebagainya. Teringat rakan sekolah yang melanjutkan pelajaran di sana.. Harap dia berada dalam perlindungan keselamatan.

Sama-sama kita berdoa minta dijauhkan dari bala bencana.

p/s: untuk mengetahui dengan lebih lanjut,sila buat pencarian di laman youtube. Banyak video saksi kejadian yang dikongsi di sana. Sama-sama kita mengambil iktibar dari peringatan yang di turunkan.

Monday, March 7, 2011

Rancang Masa Anda Sebiknya

Ketika kita masih lapang, tentu kita merasa tenang dan gembira. Tidak ada kerja yang perlu diselesaikn dengan segera. Namun, adakah wajar untuk kita terus tidak melakukan apa-apa ketika masih lapang? Ayuh, tukar tabiat kita. Masa lapang perlu diisi dengan melakukan prkara yang bermanfaat kepada diri kita dan juga orang lain. Ketika ini saya berada di dalam bas menunggu untuk pulang. Di perpustakaan tadi sungguh memenatkan. Saya tidak membawa beg hari ini. He. Inilah fungsinya telefon pintar. Nasib saya memilih untuk membeli telefon pintar yang mempunyai aplikasi microsoft word. HTC snap, banyak kegunaan. Boleh membaca slide power point dan banyak lagi. Nak dibandingkan dengan telefon pintar lain, saya mungkin agak ketinggalan. He. Tetapi saya syukur, apa yang saya perlukan ada. Hehe. Melalut pula. Ok lah. Bas dah bergerak. Jumpa lagi. He.

Sunday, March 6, 2011

Mencari Ilham

Wah, entri kali ini berbunyi macam ilmiah saja. He. Sebenarnya biasa-biasa sahaja. Lama sudah tidak membuat post di blog. Kekangan masa ketika ini sangat mencengkam. Inipun membuat entri hanya dari handphone. Sekarang saya dalam perjalanan menuju ke perpustakaan di bandar, mencari ilham untuk menyiapkan tugasan. He. Mencari rujukan. apa-apa pun, nantikan kemunculan entri seterusnya, mungkin tidak untuk masa terdekat. Okey, jumpa lagi. He.

Wednesday, March 2, 2011

Jangan kata "Terpaksa..."

Terpaksalah... satu perkataan yang sering kita dengar. Percaya atau tidak, cuba kira perkataan "tepaksa.." yang anda dengar dalam satu hari. Perkataan ini menjadi perkataan yang senang untuk disebut. Suka atau tidak satu perkara atau tugas itu perlu kita laksanakan. 

Dalam konteks mahu menjadi pendidik yang cemerlang, perkataan "terpaksa.." perlu di tiadakan. Antara ayat yang selalu menggunakan perkatan "terpaksa" dalam konteks pendidikan ialah ketika tugas diberi.. contohnya...

"Terpaksalah datang untuk kelas tambahan petang ini."..
"Saya balik lewat kerana terpaksa memantau pelajar berlatih untuk malam kesenian esok"...
Banyak lagi contoh ayat yang menggunakan perkataan terpaksa. Anda boleh fikirkannya sendiri, berapa kali dalam sehari perkataan terpaksa ini anda gunakan. Bukan untuk menidakkan perkataan terpaksa digunakan, tetapi alangkah molek pekataan lain digunakan. contohnya...

"Saya diperlukan untuk datang mengajar kelas tambahan petang ini."..
"Saya balik lewat kerana mahu memantau pelajar berlatih untuk malam kesenian esok"..

Adakah perkataan terpaksa ini sesuai untuk digunakan oleh seorang yang akan menjadi penjawat awam profesional? Perkataan terpaksa ini apabila diamati sebenarnya dalam diam kita menyataka ketidak relaan kita untuk melakukan sesuatu perkara tersebut. "Kenapa tidak orang lain??" Itu yang bermain dalam fikiran kita. "Kenapa aku juga yang perlu...." Ayat-ayat ini sering bermain difikiran kita. Mengapa perlu kita berkira untuk melakukan sesuatu kerja. Ayat-ayat ini merupakan ayat-ayat yang menuntut untuk kerja dilakukan secara sama-rata. Ya, kerja perlu dibahagi secara sama rata. Tetapi, perlukah kita berkira. Adalah lebih baik kita lakukan yang terbaik dan yang termampu kita lakukan. Penat atau lelah merupakan cerita yang kedua. Dengan berfikiran positif, kita perlu menampilkan contoh teladan yang baik kepada orang yang kurang memberi kerjasama dan yang sering mengelak untuk melakukan tugas.
Panjang cerita apabila menceritakan tentang terpaksa... buang yang keruh ambil yang jernih. Dalam kita melakukan tugas dalam satu kumpulan, perlu ada toleransi. Kita lakukan tugas yang diberikan kepada kita sebaiknya dan tidak mempertikaikan tugas rakan yang lain. Bukan untuk menidakkan hak kesamarataan. Tetapi, biarlah kita berkorban untuk pasukan kita. Matlamat adalah sama, lakukan yang terbaik tanpa mengeluh. Suatu hari nanti pengorbanan yang dianggap satu beban dahulu menjadi kelebihan di masa kana datang. Nasihat ini bukan hanya untuk anda, tetapi lebih penting untuk diri saya. Semoga saya menjadi orang yang memberi manfaat kepada orang lain. Tidak mahu disanjung, hanya doa ku pohon. Yang terbaik untuk semua....

Sunday, February 27, 2011

Gembira sebagai kawan. Dulu nakal, sekarang Pilot....

Dulu aku kenal dia, memang dia nakal. Tidak sama-sama menghabiskan belajar di sekolah yang sama. Dia memang nakal, kerana kenakalannya itulah dia terpaksa untuk berpindah. Namun, siapa sangka, dulu nakal, sekarang hebat. Menjadi orang yang hebat. Lebih hebat berbanding orang yang tidak nakal dahulu.

Baru sahaja chatting dengan rakan yang sudah lama tidak berjumpa. loss contect. Walaupun sudah sekian lama tidak bertemu, tetapi masih terpahat di dalam ingatan. "mana aku boleh lupakan kau, kau kan rumeet aku bah..." kawan tetap kawan sampai bila-bila. Sekarang dia sudah menjadi tidak lama lagi dia akan menjadi juruterbang. Teringat kenakalan dia dahulu. Memang selalu dimarah guru. Selalu di ejek-ejek kawan. hehe... bergaduh-gaduh. sekiranya cikgu yang pernah mengajar dia tahu apa yang dia jadi sekarang, tentu mereka akan bangga dan gembira. Sekarang, setiap kali menaiki kapal terbang, aku akan mendengar dengan teliti siapa yang menjadi Juruterbangnya.. akan ku nanti namanya.. sekiranya ada, aku mahu berjumpa dengannya. Mengucapkan Tahniah!!!..... orang lain sudah berjaya. Aku bila lagi?... he. InsyaAllah, akan berjaya juga.

Saturday, February 26, 2011

Penat tetapi seronok. Projek ubah suai pusat sumber.

Beberapa hari ini memang penat tetapi seronok. Prokjek luar membaiki pusat sumber sekolah memang menyeronokkan. Rasanya minggu hadapan pun akan sibuk macam ni. Sehinggakan tidak sempat mahu mengemaskini blog ini. Diharap apa yang diusahakn ini mendatangkan manfaat terutama kepada murid-murid sekolah itu nanti. Baru balik dari membaiki pusat sumber, diharap perancangan kerja esok akan berjalan lancar. Yang terbaik untuk semua. Mahu tidur dulu. he..

Friday, February 25, 2011

Menggembirakan orang walaupun tidak berbalas..

Sengaja saya meletakkan satu pernyataan di facebook saya. Apa yang saya tulis adalah seperti berikut. "Hidup biarlah menggembirakan orang... agar bertiti di bibir mereka doa untuk kita bila kita sudah tiada... hm". Pantas dibalas oleh rakan saya dengan menyatakan "sekiranya orang tidak menggembirakan kita?"... 

Menggembirakan orang tidak semestinya membuat lawak di hadapan mereka. Dengan hanya satu senyuman pun sudah cukup untuk membuat orang lain berasa gembira. Mungkin pada saat itu dia menghadapi duka. Janganlah kita menambah dukanya dengan turut serta dalam berduka. Bukan bererti kita ketawa sehingga boleh menyinggung perasaannya. Apa yang kita boleh lakukan ialah memberi kata-kata semangat agar dia tidak terus lemah dan terkulai layu. 

Pelbagai cara boleh dilakukan untuk menggembirakan orang lain. Apabila dia seorang ketua, kita memberi sokongan terhadap apa yang diusahakannya. Jangan terlalu banyak membantah sehingga setiap perancangan yang dilakukannya tergendala. Apabila dia seorang guru, kita memberikan tumpuan ketika belajar di dalam kelas.Banyak lagi perkara yang kita boleh menggembirakan orang lain.

Apabila kita merenung kembali, adakah kita pernah mengucapkan terima kasih kepada pekerja pembersihan yang membersihkan kawasan yang sering kita lalu. Yang sering kelihatan ialah kelibat tua yang menyapu sampah ditepian jalan. Mereka selalunya merendahkan muka mereka, mungkin kerana rendah diri dengan diri mereka, tidak mahu diketahui orang. Namun mereka juga adalah manusia,.. mencari sesuap nasi dengan rezeki yang halal. Sekurang-kurangnya senyum dan sapa tanda hormat. Kerana mereka juga berhak untuk gembira. Biarpun gembira itu hanya seketika, sekurang-kurangnya mereka merasa diri dihargai. 

Aku mengharapkan aku jadi begitu, menggembirakan orang tidak mengenal erti siapa mereka. Aku harapkan begitu... biarpun tidak dikenali. Asalkan aku tahu, mereka gembira. walaupun aku tidak digembirakan.

Wednesday, February 23, 2011

JANGGUT.. Kenapa tengok janggut?

Lumrah hidup, menilai pada paras luaran. Kita menilai dari apa yang kita lihat. Itu merupakan perkara yang biasa. Adakah penilaian dari mata kasar cukup betul untuk kita menghakimi keperibadian seseorang itu? Adakah wajar untuk kita menghakimi seseorang?
Sering kita lihat yang berjanggut dianggap orang yang alim. Jadi bagaiman dengan orang yang tidak berjanggut? Sedangkan tersembunyi dalam hati mereka pengamalan yang baik dan hebat.
Untuk menjadi seorang agen perubahan, menghakimi orang merupakan perbuatan yang perlu diketepikan. Menjadi penyelesai masalah ialah perkara yang terbaik. Walaupun tidak mampu menyelesaikan masalah, tetapi sekurang-kurangnya mencuba untuk menjadi positif. Jadi, kenapa perlu melihat janggut? Fikir-fikirkan lah..

Tuesday, February 22, 2011

Tidur terganggu lagi. Tidur oh tidur.

Kebanyakan orang menjadikan tidur sebagai cara yang paling berkesan untuk berehat. Namun, tidur yang berlebihan juga bukanlah sesuatu yang sihat. Tidur oh tidur. Bila kita patut tidur? Tentu sekali bila mengantuk. Bila sebut pasal tidur, saya teringat kata-kata seorang pensyarah ini yang menyatakan bahawa masa yang perlu anda tidur ialah dari jam 12 mlm hingga pukul dua pagi. Kenapa perlu tidur pada waktu itu? Sebab menurut kajian yang telah dijalankan, tidur pada waktu itu boleh menyebabkan sejenis hormon yang baik dirembeskan dalam badan yang berfungsi untuk membaiki sel-sel dan tisu dalam badan kita. Saya pun kurang pasti. ingat-ingat lupa sahaja. He. Apa yang pasti, tidur saya sekarang tidak stabil. Tidur kadang-kadang pukul 3. Bangun jam 6. aduh.. Memang tidak stabil. Saya mahu membaiki semula tidur saya. Tidur jam 11, bangun jam 3pagi. Saya rasa itu yang terbaik. Saya akan cuba. Bagaimana pula dengan anda?

Saturday, February 19, 2011

Mencuba Post di Blog melalui email

Ini hanyalah satu percubaan. Nak cuba benda yang baru. Tidak salah mencuba sesuatu yang lebih baik. Sekiranya anda boleh membaca entri ini, bermakna percubaan saya berjaya. He. Itu gambar kamera saya yang percuma saya dapat. Dengn kamera itulah saya dapat mengambil gambar untuk dikongsi dengan anda. He. Dapat tak ye post ni? Saya harap berjaya. Saya post entri ini sambil berbaring je ni. hehehe

MyLot Review!!! apa itu mylot??

Sekadar untuk mengisi masa lapang. Kadang-kadang tak tahu nak buat apa. Saya baru saja ikut satu forum ni, tu pun adik yang invite. Layan je lah. Mahu kata forum, tak jugak. Lebih kuranglah tu, macam perbincangan juga lah. myLot, mungkin ada yang tahu ada yang tidak. myLot ni seperti forum, ada yang menyatakan masalah dan kita cuba membantu.Tetapi dalam bahasa Inggeris. Apa yang menarik sedikit ialah apabila kita respon kepada sesuatu topik dan kita aktif di sana, kita dibayar untuk semua itu. Tetapi saya pun tak tahu berapa myLot bayar, sebab saya masih baru di sana. Nak katakan menjana pendapatan di sana mungkin ya kalau saya rajin, dan mungkin tidak kalau saya kurang rajin. Hehehe... apa-apa pun, saya sekadar ikut untuk menguatkan bahasa Inggeris saya. My English is not strong enough. Tetapi kita akan berasa gembira apabila apa yang kita tulis dalam bahasa Inggeris boleh difahami oleh penutur asal bahasa tersebut. Sama juga seperti Bahasa Melayu, apabila ada orang putih yang boleh berbahasa melayu, tentu kita terkejut dan kagum yang dia boleh bertutur dalam bahasa melayu walaupun sebutan tidak betul.Tentu orang putih tersebut akan tersengih-sengih di belakang kita apabila kita faham apa yang dia tuturkan. hehehe... macam saya bertutur dengan orang putih gak, saya akan tersengih-sengih kerana apa yang saya cakap difahaminya. Grammar??? hahaha.... biarlah tunggang langgang. Asalkan ada usaha untuk membaikinya...  hahaha.... ape yang saya cerita ni.... dari MyLot kepada bertutur pula. Apa-apa pun, sekiranya kamu berminat, sila lah jengguk-jengguk web tersebut. Mana tahu berminat. Inilah platform untuk anda mencuba kemahiran bahasa Inggeris anda. Kiranya tempat untuk praktik ilmu BI yang ada. hehe... Ini link dia....

semoga maju jaya dan jangan takut untuk mencuba.

Friday, February 18, 2011

Nikmat Kesihatan

ChurpChurp | Social Share » How do you define 'healthy'? (Preview)

Kesihatan merupakan nikmat yang jarang kita renung. Ramai orang hanya mementingkan kerja, bersuka ria sehingga terlupa ada benda penting yang perlu dijaga iaitu kesihatan. Itulah, selalu sangat tidur lewat dan bangun awal ni (tidak cukup tidur) menyebabkan kepala mudah pening, kurang bermaya, mata panda, etc. Terlebih tidur juga tidak elok. Seelok-eloknya biarlah besederhana. Apabila sebut pasal mata panda, teringat pula pertanyaan kawan beberapa hari lalu. Dia tanya, "Awak pakai celak ke?"... hehehe. Terus tergelak tak sudah.. "Bukannya pakai celak, mata panda bah ni..." hehehe. Itulah, mata panda... hahaha. Semalam aku tidur awal bagi menstabilkan semula gaya tidur dan hormon dalam badan. Kurang tidur menyebabkan kepala pening dan langsung tidak dapat membuat kerja. Pergi ke kelas pun tak bermaya. Selalu boleh lagi buat catatan, tetapi, kelas semalam, hanya merenung wajah pensyarah dan melihat slide. Aduh... ruginya... lesson for today, cukupkan rehat, gembira selalu... hehe

Wednesday, February 9, 2011

All new #PizzaHut . New dishes. New flavours. Eat, Laugh, Share at Pizza Hut!

teringat kisah semalam,.. "Cikgu masih ingat saya??". Pizza hut's merupakan salah satu tempat kegemaran untuk saya makan secara santai sambil berfikir. Tidak salah berbelanja sekali sekala...
All new #PizzaHut . New dishes. New flavours. Eat, Laugh, Share at Pizza Hut!

Tuesday, February 8, 2011

Cikgu masih ingat saya?

Sengaja saya letak tajuk itu. Itulah yang terjadi hari ini. hehe... Kadang-kadang lucu juga, kadang-kadang rasa terharu. Kebosanan menerpa, kadang-kadang terasa mahu makan lain dari hari-hari biasa. Pizza Hut's ... pilihan untuk hari ini. Bukan nak makan Pizza, tetapi mahu merasa spegethi..Sekadar mengubah angin, wah... bersemangat melihat lambang pizza hut's dari jauh. hehe..  cepat-cepat kaki melangkah. Belum sempat nak masuk ke dalam, terdengar suara... "eh, cikgu kan. Kawan-kawan, ini cikgu saya.Cikgu kenal saya? cuba cikgu lihat name tag ini..." Terpinga-pinga aku dibuatnya. Cuba mengamati betul-betul wajahnya, masih tidak dapat menangkap wajah yang memanggil cikgu. Ialah, di sekolah tidak bermake up... apabila di alam pekerjaan, wajah berubah... touch up sana... touch up sini... hehe... setelah diamati nama yang tertera, barulah aku tahu, budak inilah yang terkoyak seluarnya ketika kelas pendidikan jasmani. Dia jugalah yang selalu mengharu birukan kelas. Saya pun senyum, "Ya, cikgu kenal,"... dia pun senyum. "Ok, saya yang ambil pesanan untuk cikgu. Sila duduk cikgu,"... hari itu semua pekerja di sana memberikan layanan yang istimewa. Tidak seperti hari-hari biasa. Mungkin inilah berkatnya menjadi guru.

Friday, January 28, 2011

Kekasih atau Kawan?

Kawan atau kekasih? Yang mana satu menjadi pilihan? Kadang-kadang kita terpaksa berhadapan situasi seperti ini. Mahu tidak mahu, keputusan terbaik perlu dilakukan. Al-kisah…. Perkara ini pun akhirnya cuba menguji aku. Terpaksa memilih, untuk memberikan kepada kawan ataupun kekasih. Suatu hari, ada seseorang telah membuat pengumuman untuk menjual laptop lama miliknya dengan harga RM300. Selepas kelas, aku berjumpa dengan orang tersebut untuk membuat perundingan kerana berminat membeli laptop tersebut untuk diberikan kepada kekasih hati yang memerlukannya. Perundingan telah berjaya dan laptop tersebut sah milik aku. Aku memaklumkan kepada kekasih tentang perkara tersebut. Dia berasa gembira kerana aku begitu mengambil berat akan dirinya. Secara tiba-tiba, aku terserempak dengan seorang kawan karibku. Dia lalu bertanya tentang laptop tersebut. Dia bertanya adakah laptop tersebut sudah dibeli orang kerana dia mahu membelinya. Dia memerlukan laptop tersebut untuk membuat kerja kursus yang banyak. Selama ini dia terpaksa meminjam dan berkongsi laptop kawannya sahaja. Perkara itu menyukarkannya untuk menyiapkan kerja dalam tempoh yang ditetapkan. Aku dengan berat hati memberitahu bahawa aku telah membeli laptop itu untuk diberikan kepada kekasihku. Sahabat ku itu merayu untuk aku menjual kepadanya. Aku menjadi serba salah. Kekasih atau kawan?? Hmm... kekasih tidak memerlukan sangat laptop tersebut tetapi aku sudah berjanji kepadanya. Kawan pula sangat-sangat memerlukan. Kalaulah perkara ini terjadi kepada anda, apakah tindakan anda?? Yang mana satu diutamakan? Kekasih?? Kawan?? Sila berikan pandangan... hehe
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...