Sentiasa positif!! Itu pesannya. sentiasa positif, selalu senyum kepada orang lain walaupun tidak berbalas, percaya bahawa setiap yang baik dilakukan pasti akan mendapat balasan yang baik, untuk menjadi guru yang cemerlang perlu melihat kepada tiga perkara ini. Committed, Passion, and Sacrifice. hehe...
ambil masa ikuti link ini. Diharap dapat memberi inspirasi... Klik sini
walaupun sekadar iklan, tersirat masej yang memberi inspirasi.Siapa mereka???
Friday, February 18, 2011
Nikmat Kesihatan
ChurpChurp | Social Share » How do you define 'healthy'? (Preview)
Kesihatan merupakan nikmat yang jarang kita renung. Ramai orang hanya mementingkan kerja, bersuka ria sehingga terlupa ada benda penting yang perlu dijaga iaitu kesihatan. Itulah, selalu sangat tidur lewat dan bangun awal ni (tidak cukup tidur) menyebabkan kepala mudah pening, kurang bermaya, mata panda, etc. Terlebih tidur juga tidak elok. Seelok-eloknya biarlah besederhana. Apabila sebut pasal mata panda, teringat pula pertanyaan kawan beberapa hari lalu. Dia tanya, "Awak pakai celak ke?"... hehehe. Terus tergelak tak sudah.. "Bukannya pakai celak, mata panda bah ni..." hehehe. Itulah, mata panda... hahaha. Semalam aku tidur awal bagi menstabilkan semula gaya tidur dan hormon dalam badan. Kurang tidur menyebabkan kepala pening dan langsung tidak dapat membuat kerja. Pergi ke kelas pun tak bermaya. Selalu boleh lagi buat catatan, tetapi, kelas semalam, hanya merenung wajah pensyarah dan melihat slide. Aduh... ruginya... lesson for today, cukupkan rehat, gembira selalu... hehe

Thursday, February 10, 2011
Cerita pasal mati!!!
Apabila membaca KOSMO secara online hari ni, baru aku perasan banyak cerita pasal mati. Sebut pasal mati, timbul satu persoalan, sudahkah aku bersedia menghadapi saatku mati?? Tarikh kematian tentu sekali adalah rahsia yang tidak dapat dibongkar ketika hidup. Cara kematian juga adalah pelbagai. Hmmm.... terdetik di hati, sudah bersediakah aku untuk menghadapi MATI!! fikirkanlah...
Berikut merupakan link kepada KOSMO online..
Wednesday, February 9, 2011
All new #PizzaHut . New dishes. New flavours. Eat, Laugh, Share at Pizza Hut!
teringat kisah semalam,.. "Cikgu masih ingat saya??". Pizza hut's merupakan salah satu tempat kegemaran untuk saya makan secara santai sambil berfikir. Tidak salah berbelanja sekali sekala...
All new #PizzaHut . New dishes. New flavours. Eat, Laugh, Share at Pizza Hut!
All new #PizzaHut . New dishes. New flavours. Eat, Laugh, Share at Pizza Hut!
Tuesday, February 8, 2011
Peraduan Menulis Cerita Kanak-Kanak Sempena Hari Guru Peringkat Kebangsaan 2011
Jasa seorang guru mendidik anak bangsa wajar dihargai. Kepada sesiapa yang berminat untuk mengikuti pertandingan menulis, ini peluang anda.
Berikut merupakan sedikit maklumat mengenai pertandingan;
Nama pertandingan: Peraduan Menulis Cerita Kanak-Kanak Sempena Hari Guru Peringkat Kebangsaan 2011
Terbuka kepada: Guru, murid sekolah rendah(tahun4-6), murid sekolah menengah rendah dan atas (tingkatan 1-5).
Penulisan skrip adalah untuk bahan bacaan sekolah rendah dan menengah.
Hasil karya hendaklah sampai ke Jabatan Pelajaran Negeri sebelum atau pada tarikh 1 Mac 2011 (Selasa).
kepada murid sekolah rendah (tahun4-6) dan sekolah menengah (1-5), inilah peluang untuk anda mengabdikan kisah "Terima Kasih cikgu" anda.
untuk maklumat lanjut;Portal Rasmi Kementerian Pelajaran Malaysia - Pemberitahuan
Peraduan Menulis Sastera Kreatif 2011
Ni ada satu lagi pertandingan menulis, tetapi hanya terbuka kepada insan yang bergelar guru cemerlang. Ini sedikit petikan yang saya ambil dari syarat-syarat pertandingan;
Ini link kepada website asal...Peraduan Menulis Sastera Kreatif 2011
- Syarat-syarat Penyertaan
3.1 Penyertaan terbuka kepada semua Guru Cemerlang di Malaysia.
3.2 Penyertaan hendaklah disampaikan menggunakan borang rasmi yang boleh didapati daripada Yang Dipertua, Majlis Guru Cemerlang Negeri. Borang ini boleh diperbanyakkan/difotostat jika perlu.
3.3 Cerpen hendaklah ditulis menggunakan Bahasa Melayu Baku dan panjangnya hendaklah sekitar 2500 – 3500 perkataan atau 12 – 14 halaman kertas A4.
3.4 Setiap peserta boleh menghantar tidak lebih daripada dua buah cerpen untuk menyertai peraduan ini.
3.5 Karya yang dihantar untuk menyertai peraduan ini tidak akan dikembalikan. Peserta dinasihati untuk menyimpan salinannya.
Kepada insan-insan yang berpeluang untuk menyertai, dipersilakan untuk mencuba. Saya belum layak lagi... hehe...Ini link kepada website asal...Peraduan Menulis Sastera Kreatif 2011
Cikgu masih ingat saya?
Sengaja saya letak tajuk itu. Itulah yang terjadi hari ini. hehe... Kadang-kadang lucu juga, kadang-kadang rasa terharu. Kebosanan menerpa, kadang-kadang terasa mahu makan lain dari hari-hari biasa. Pizza Hut's ... pilihan untuk hari ini. Bukan nak makan Pizza, tetapi mahu merasa spegethi..Sekadar mengubah angin, wah... bersemangat melihat lambang pizza hut's dari jauh. hehe.. cepat-cepat kaki melangkah. Belum sempat nak masuk ke dalam, terdengar suara... "eh, cikgu kan. Kawan-kawan, ini cikgu saya.Cikgu kenal saya? cuba cikgu lihat name tag ini..." Terpinga-pinga aku dibuatnya. Cuba mengamati betul-betul wajahnya, masih tidak dapat menangkap wajah yang memanggil cikgu. Ialah, di sekolah tidak bermake up... apabila di alam pekerjaan, wajah berubah... touch up sana... touch up sini... hehe... setelah diamati nama yang tertera, barulah aku tahu, budak inilah yang terkoyak seluarnya ketika kelas pendidikan jasmani. Dia jugalah yang selalu mengharu birukan kelas. Saya pun senyum, "Ya, cikgu kenal,"... dia pun senyum. "Ok, saya yang ambil pesanan untuk cikgu. Sila duduk cikgu,"... hari itu semua pekerja di sana memberikan layanan yang istimewa. Tidak seperti hari-hari biasa. Mungkin inilah berkatnya menjadi guru.
Subscribe to:
Posts (Atom)