Dulu aku kenal dia, memang dia nakal. Tidak sama-sama menghabiskan belajar di sekolah yang sama. Dia memang nakal, kerana kenakalannya itulah dia terpaksa untuk berpindah. Namun, siapa sangka, dulu nakal, sekarang hebat. Menjadi orang yang hebat. Lebih hebat berbanding orang yang tidak nakal dahulu.
Baru sahaja chatting dengan rakan yang sudah lama tidak berjumpa. loss contect. Walaupun sudah sekian lama tidak bertemu, tetapi masih terpahat di dalam ingatan. "mana aku boleh lupakan kau, kau kan rumeet aku bah..." kawan tetap kawan sampai bila-bila. Sekarang dia sudah menjadi tidak lama lagi dia akan menjadi juruterbang. Teringat kenakalan dia dahulu. Memang selalu dimarah guru. Selalu di ejek-ejek kawan. hehe... bergaduh-gaduh. sekiranya cikgu yang pernah mengajar dia tahu apa yang dia jadi sekarang, tentu mereka akan bangga dan gembira. Sekarang, setiap kali menaiki kapal terbang, aku akan mendengar dengan teliti siapa yang menjadi Juruterbangnya.. akan ku nanti namanya.. sekiranya ada, aku mahu berjumpa dengannya. Mengucapkan Tahniah!!!..... orang lain sudah berjaya. Aku bila lagi?... he. InsyaAllah, akan berjaya juga.
Sunday, February 27, 2011
Saturday, February 26, 2011
Penat tetapi seronok. Projek ubah suai pusat sumber.
Beberapa hari ini memang penat tetapi seronok. Prokjek luar membaiki pusat sumber sekolah memang menyeronokkan. Rasanya minggu hadapan pun akan sibuk macam ni. Sehinggakan tidak sempat mahu mengemaskini blog ini. Diharap apa yang diusahakn ini mendatangkan manfaat terutama kepada murid-murid sekolah itu nanti. Baru balik dari membaiki pusat sumber, diharap perancangan kerja esok akan berjalan lancar. Yang terbaik untuk semua. Mahu tidur dulu. he..
5 Sebab kenapa aku perlu berhenti merokok...
Five Reasons Why I Need to Stop Smoking | Healthmad
Merokok membahayakan kesihatan. Bukan bahaya seperti kereta. Sekiranya kereta, kita boleh memandu dengan berhati-hati dan cermat. Merokok tiada kompromi. Apabila kita menghisap rokok, kita berpotensi untuk diserang penyakit. Pernah juga saya mendengar orang berkata, "tengok saya, masih sihat juga walaupun merokok. umur pun dah 70tahun. Masih bertenaga pun juga,"... memang lah mereka sihat, tetapi hanya segelintir yang begitu. Tidak semua. Kebanyakan orang yang merokok akan dijangkiti kuman di paru-paru. Tidak tahu sejauh mana kebenarannya, namun, melihat kepada orang sekeliling, saudara mara, datuk nenek yang sudah meninggal dunia kebanyakannya meninggal akibat jangkitan kuman di paru-paru dan mereka semua merokok. link berikut merupakan hasil penulisan saya berkenaan merokok... dalam bahasa Inggeris tentang 5 sebab mengapa saya perlu berhenti merokok. baca dan fikir-fiirkanlah ye...
FIVE REASONS WHY I NEED TO STOP SMOKING
Friday, February 25, 2011
Menggembirakan orang walaupun tidak berbalas..
Sengaja saya meletakkan satu pernyataan di facebook saya. Apa yang saya tulis adalah seperti berikut. "Hidup biarlah menggembirakan orang... agar bertiti di bibir mereka doa untuk kita bila kita sudah tiada... hm". Pantas dibalas oleh rakan saya dengan menyatakan "sekiranya orang tidak menggembirakan kita?"...
Menggembirakan orang tidak semestinya membuat lawak di hadapan mereka. Dengan hanya satu senyuman pun sudah cukup untuk membuat orang lain berasa gembira. Mungkin pada saat itu dia menghadapi duka. Janganlah kita menambah dukanya dengan turut serta dalam berduka. Bukan bererti kita ketawa sehingga boleh menyinggung perasaannya. Apa yang kita boleh lakukan ialah memberi kata-kata semangat agar dia tidak terus lemah dan terkulai layu.
Pelbagai cara boleh dilakukan untuk menggembirakan orang lain. Apabila dia seorang ketua, kita memberi sokongan terhadap apa yang diusahakannya. Jangan terlalu banyak membantah sehingga setiap perancangan yang dilakukannya tergendala. Apabila dia seorang guru, kita memberikan tumpuan ketika belajar di dalam kelas.Banyak lagi perkara yang kita boleh menggembirakan orang lain.
Apabila kita merenung kembali, adakah kita pernah mengucapkan terima kasih kepada pekerja pembersihan yang membersihkan kawasan yang sering kita lalu. Yang sering kelihatan ialah kelibat tua yang menyapu sampah ditepian jalan. Mereka selalunya merendahkan muka mereka, mungkin kerana rendah diri dengan diri mereka, tidak mahu diketahui orang. Namun mereka juga adalah manusia,.. mencari sesuap nasi dengan rezeki yang halal. Sekurang-kurangnya senyum dan sapa tanda hormat. Kerana mereka juga berhak untuk gembira. Biarpun gembira itu hanya seketika, sekurang-kurangnya mereka merasa diri dihargai.
Aku mengharapkan aku jadi begitu, menggembirakan orang tidak mengenal erti siapa mereka. Aku harapkan begitu... biarpun tidak dikenali. Asalkan aku tahu, mereka gembira. walaupun aku tidak digembirakan.
Wednesday, February 23, 2011
JANGGUT.. Kenapa tengok janggut?
Lumrah hidup, menilai pada paras luaran. Kita menilai dari apa yang kita lihat. Itu merupakan perkara yang biasa. Adakah penilaian dari mata kasar cukup betul untuk kita menghakimi keperibadian seseorang itu? Adakah wajar untuk kita menghakimi seseorang?
Sering kita lihat yang berjanggut dianggap orang yang alim. Jadi bagaiman dengan orang yang tidak berjanggut? Sedangkan tersembunyi dalam hati mereka pengamalan yang baik dan hebat.
Untuk menjadi seorang agen perubahan, menghakimi orang merupakan perbuatan yang perlu diketepikan. Menjadi penyelesai masalah ialah perkara yang terbaik. Walaupun tidak mampu menyelesaikan masalah, tetapi sekurang-kurangnya mencuba untuk menjadi positif. Jadi, kenapa perlu melihat janggut? Fikir-fikirkan lah..
Sering kita lihat yang berjanggut dianggap orang yang alim. Jadi bagaiman dengan orang yang tidak berjanggut? Sedangkan tersembunyi dalam hati mereka pengamalan yang baik dan hebat.
Untuk menjadi seorang agen perubahan, menghakimi orang merupakan perbuatan yang perlu diketepikan. Menjadi penyelesai masalah ialah perkara yang terbaik. Walaupun tidak mampu menyelesaikan masalah, tetapi sekurang-kurangnya mencuba untuk menjadi positif. Jadi, kenapa perlu melihat janggut? Fikir-fikirkan lah..
Tuesday, February 22, 2011
Tidur terganggu lagi. Tidur oh tidur.
Kebanyakan orang menjadikan tidur sebagai cara yang paling berkesan untuk berehat. Namun, tidur yang berlebihan juga bukanlah sesuatu yang sihat. Tidur oh tidur. Bila kita patut tidur? Tentu sekali bila mengantuk. Bila sebut pasal tidur, saya teringat kata-kata seorang pensyarah ini yang menyatakan bahawa masa yang perlu anda tidur ialah dari jam 12 mlm hingga pukul dua pagi. Kenapa perlu tidur pada waktu itu? Sebab menurut kajian yang telah dijalankan, tidur pada waktu itu boleh menyebabkan sejenis hormon yang baik dirembeskan dalam badan yang berfungsi untuk membaiki sel-sel dan tisu dalam badan kita. Saya pun kurang pasti. ingat-ingat lupa sahaja. He. Apa yang pasti, tidur saya sekarang tidak stabil. Tidur kadang-kadang pukul 3. Bangun jam 6. aduh.. Memang tidak stabil. Saya mahu membaiki semula tidur saya. Tidur jam 11, bangun jam 3pagi. Saya rasa itu yang terbaik. Saya akan cuba. Bagaimana pula dengan anda?
Monday, February 21, 2011
Berita Harian Online | Bantahan Libya dihujani misil (Saya sayang Malaysia)...
Selalunya sesebuah negara itu membeli senjata untuk mempertahankan negara. Situasi berlainan terjadi di Libya. Rakyat sendiri dianggap musuh dengan menembak dan membunuh. Mungkin ada yang berpendapat kenyataan ini tidak adil. Saya merasakan kenyataan ini tidak adil walaupun dibuat oleh saya. Ini kerana kita tidak berada di sana untuk mengetahui perkara sebenar. Apa yang kia nampak hanyalah dari kaca mata penulis yang juga mungkin menulis dari kaca mata orang lain.
Apa-apa pun, saya mengharapkan penyelesaian secara baik dapat dilakukan bagi mengakhiri pertumpahan darah yang berlaku. Dalam onteks negara kita, diharap kejadian seumpama ini tidak berlaku. Rakyat perlu bertindak rasional dalam melakukan sebarang tindakan. Demonstrasi bukan cara kita. Kita mempunyai cara yang lebih baik dalam menangani masalah. Demonstrasi yang dilakukan selalunya mengundang kepada kerosakan harta awam yang banyak, ekonomi menjadi statik, keselamatan terancam, dan banyak lagi kesan negatif yang pastinya akan merugikan kita. Umpama seperti mengelar pergelangan tangan membunuh diri untuk meraih perhatian dan menuntut keperluan di penuhi. Demonstrasi bukan cara kita!!! Kita ada undang-undang, ada pilihanraya. Undi pada yang memahami keperluan rakyat. Bukan yang hanya bijak berkata-kata, atau yang hanya bijak memahami rakyat bila tiba pilihanraya. Ayuh kita berfikir...
Subscribe to:
Posts (Atom)