Wednesday, March 2, 2011

Jangan kata "Terpaksa..."

Terpaksalah... satu perkataan yang sering kita dengar. Percaya atau tidak, cuba kira perkataan "tepaksa.." yang anda dengar dalam satu hari. Perkataan ini menjadi perkataan yang senang untuk disebut. Suka atau tidak satu perkara atau tugas itu perlu kita laksanakan. 

Dalam konteks mahu menjadi pendidik yang cemerlang, perkataan "terpaksa.." perlu di tiadakan. Antara ayat yang selalu menggunakan perkatan "terpaksa" dalam konteks pendidikan ialah ketika tugas diberi.. contohnya...

"Terpaksalah datang untuk kelas tambahan petang ini."..
"Saya balik lewat kerana terpaksa memantau pelajar berlatih untuk malam kesenian esok"...
Banyak lagi contoh ayat yang menggunakan perkataan terpaksa. Anda boleh fikirkannya sendiri, berapa kali dalam sehari perkataan terpaksa ini anda gunakan. Bukan untuk menidakkan perkataan terpaksa digunakan, tetapi alangkah molek pekataan lain digunakan. contohnya...

"Saya diperlukan untuk datang mengajar kelas tambahan petang ini."..
"Saya balik lewat kerana mahu memantau pelajar berlatih untuk malam kesenian esok"..

Adakah perkataan terpaksa ini sesuai untuk digunakan oleh seorang yang akan menjadi penjawat awam profesional? Perkataan terpaksa ini apabila diamati sebenarnya dalam diam kita menyataka ketidak relaan kita untuk melakukan sesuatu perkara tersebut. "Kenapa tidak orang lain??" Itu yang bermain dalam fikiran kita. "Kenapa aku juga yang perlu...." Ayat-ayat ini sering bermain difikiran kita. Mengapa perlu kita berkira untuk melakukan sesuatu kerja. Ayat-ayat ini merupakan ayat-ayat yang menuntut untuk kerja dilakukan secara sama-rata. Ya, kerja perlu dibahagi secara sama rata. Tetapi, perlukah kita berkira. Adalah lebih baik kita lakukan yang terbaik dan yang termampu kita lakukan. Penat atau lelah merupakan cerita yang kedua. Dengan berfikiran positif, kita perlu menampilkan contoh teladan yang baik kepada orang yang kurang memberi kerjasama dan yang sering mengelak untuk melakukan tugas.
Panjang cerita apabila menceritakan tentang terpaksa... buang yang keruh ambil yang jernih. Dalam kita melakukan tugas dalam satu kumpulan, perlu ada toleransi. Kita lakukan tugas yang diberikan kepada kita sebaiknya dan tidak mempertikaikan tugas rakan yang lain. Bukan untuk menidakkan hak kesamarataan. Tetapi, biarlah kita berkorban untuk pasukan kita. Matlamat adalah sama, lakukan yang terbaik tanpa mengeluh. Suatu hari nanti pengorbanan yang dianggap satu beban dahulu menjadi kelebihan di masa kana datang. Nasihat ini bukan hanya untuk anda, tetapi lebih penting untuk diri saya. Semoga saya menjadi orang yang memberi manfaat kepada orang lain. Tidak mahu disanjung, hanya doa ku pohon. Yang terbaik untuk semua....

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...