Sunday, February 20, 2011

Sebelah kaki di neraka. Pilihanraya kampus, apa hala tuju kepimpian pelajar?

Pilihanraya kampus kebanyakannya sedang hangat berlangsung. Perang poster berlaku umpama pilihanraya umum negara. Yang berada di luar kampus mungkin tidak merasainya. Membaca akhbar semalam, sampai ada calon yang hilang entah ke mana. Sungguh dahsyat. Timbul persoalan, apa yang membuatkan sehingga dia hilang? Apa yang berlaku? Perkara ini lebih dahsyat dari pilihanraya umum, sebab tidak pernah berlaku calon hilang.
Menjadi seorang pemimpin bukan sesuatu yang mudah. Tetapi, bila tiada yang mahu memimpin nanti menjadi masalah juga. Jadi, haruslah berpada-pada dalam segala urusan. Tidak mudah untuk menjadi pemimpin, kerana sebelah kaki sudah di dalam neraka. Mahu menarik kaki tersebut kembali memerlukan kita untuk menjalankan amanah sebaiknya. Amanah tidak nampak, tetapi sangatlah berat untuk dipikul.
Berbalik kepada pilihanraya kampus, tujuan utama pelajar datang ke kampus ialah belajar. Terdengar juga kawan berbual tentang calon yang hanya sibuk berkempen sehingga menidakkan assignment kumpulan yang perlu dihantar. Tidak semua begitu. Namun ada sebilangan yang masih mahu menggalas tanggungjawab yang dicipta sendiri sedangkan tidak mampu. Belajar urusan utama. Ingatlah ayah dan ibu yang mengharapkan anda cemerlang, bukan kecundang.
Sekiranya tidak mampu untuk menjadi ketua, menjadi ahli yang baik sudah cukup untuk menyumbang kepada masyarakat. Banyak yang saya mahu perkatakan, tetapi cukuplah sampai di sini dahulu. Bukan hanya terhad kepada pilihanraya kampus, tetapi juga kepada pilihanraya dalam konteks negara. Kepada calon yang menang, jadilah pemimpin yang baik dan melakukan amanah dengan telus. Yang tidak berjaya, jadilah rakyat yang baik. Pendokong kepada pemimpin yang telah dipilih. Jangan sekadar melihat kekurangan dan menyuarakannya. Apa yng lebih penting ialah cara penyelesaian yang terbaik. Anda tentukan sendiri. Fikirkanlah.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...