Saturday, February 19, 2011

Kita tidak serius!!!

Dalam negara mengorak langkah menuju wawasan 2020, kita masih tidak serius tentang isu alam sekitar. Apabila membaca berita laporan harian metro hari ini, jelas menunjukkan bahawa kita masih belum cukup bersedia menjadi negara contoh dalam pembangunan dan penggunaan teknologi hijau. Mungkin pandangan saya ini hanya umpama bunyi kentut di hujung bilik yang apabila didengari hanya akan mejadi bahan ketawa rakan-rakan. Saya sedar bahawa siapalah saya yang hanya umpama seekor semut dalam kawanan gajah yang ramai. Namun, saya berharap usaha menjaga alam sekitar bukan hanya sekadar perbualan  dalam kawanan gajah sahaja. Apa yang lebih penting ialah pelaksanaan. Sekurang-kurangnya, kita melakukan sesuatu. Penggunaan beg plastik perlulah kita kurangkan, bukan sahaja boleh menjaga alam sekitar dengan cara menggurangkan kewujudannya di muka bumi ini, malah turut dapat menjimatkan penggunaan petroleum untuk menghasilkannya. Hari-hari adalah hari tanpa beg plastik, mungkin itu matlamat akhir kempen hari Sabtu, Ahad , dan Isnin tanpa beg plastik yang diadakan sekarang. Sekiranya kita lebih serius lagi, tukarkan semua kilang beg plastik yang ada kepada kilang beg kain. pasti tiada lagi penggunaan beg plastik. Apa yang saya melalut panjang ni....? he... sekadar untuk mengingatkan diri dan anda sekalian, hargailah alam kita. Lakukanlah kitar semula. Bermula dari diri anda, mempengaruhi orang dirumah anda, kemudian mempengaruhi rakan sekerja, kemudian mempengaruhi jiran tetangga anda, dan seterusnya. Jadilah salah seorang agen perubahan, walaupun nama anda tidak tercatat dalam lipatan sejarah negara, sekurang-kurangnya anda tahu anda ada melakukan sesuatu, dan anda tidak akan menyesal bila sudah tiada nanti. hehe.. Ini link untuk berita tersebut.... kita memang tidak peduli!!!..

2 comments:

  1. isu hari Sabtu tanpa beg plastik kdg2 buat saya (terutama suami) jadi bengang dan menjengkelkan. kenapa mesti menyusahkan org nak beli beg plastik dgn harga 20 sen, setakat hari Sabtu besar sgt ke impaknya? lebih baik tukar terus pada beg kertas, kan senang. tiap2 hari beg kertas!

    ReplyDelete
  2. Saya rasa menggunakan beg kain adalah yang terbaik. Untuk permulaan, perlu diberikan secara percuma. Kemudian boleh digunakan semula.Tentu sekali masalah yang timbul ialah apabila terlupa membawanya. Tetapi, bila dah menjadi kebiasaan, tidak akan menjadi masalah. Perubahan memang sukar untuk dilakukan, namun, usaha perlu diteruskan. Sekiranya satu dunia tidak menggunakan plastik, tentu sekali impak kepada alam sekitar akan lebih ketara.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...