Friday, February 25, 2011

Menggembirakan orang walaupun tidak berbalas..

Sengaja saya meletakkan satu pernyataan di facebook saya. Apa yang saya tulis adalah seperti berikut. "Hidup biarlah menggembirakan orang... agar bertiti di bibir mereka doa untuk kita bila kita sudah tiada... hm". Pantas dibalas oleh rakan saya dengan menyatakan "sekiranya orang tidak menggembirakan kita?"... 

Menggembirakan orang tidak semestinya membuat lawak di hadapan mereka. Dengan hanya satu senyuman pun sudah cukup untuk membuat orang lain berasa gembira. Mungkin pada saat itu dia menghadapi duka. Janganlah kita menambah dukanya dengan turut serta dalam berduka. Bukan bererti kita ketawa sehingga boleh menyinggung perasaannya. Apa yang kita boleh lakukan ialah memberi kata-kata semangat agar dia tidak terus lemah dan terkulai layu. 

Pelbagai cara boleh dilakukan untuk menggembirakan orang lain. Apabila dia seorang ketua, kita memberi sokongan terhadap apa yang diusahakannya. Jangan terlalu banyak membantah sehingga setiap perancangan yang dilakukannya tergendala. Apabila dia seorang guru, kita memberikan tumpuan ketika belajar di dalam kelas.Banyak lagi perkara yang kita boleh menggembirakan orang lain.

Apabila kita merenung kembali, adakah kita pernah mengucapkan terima kasih kepada pekerja pembersihan yang membersihkan kawasan yang sering kita lalu. Yang sering kelihatan ialah kelibat tua yang menyapu sampah ditepian jalan. Mereka selalunya merendahkan muka mereka, mungkin kerana rendah diri dengan diri mereka, tidak mahu diketahui orang. Namun mereka juga adalah manusia,.. mencari sesuap nasi dengan rezeki yang halal. Sekurang-kurangnya senyum dan sapa tanda hormat. Kerana mereka juga berhak untuk gembira. Biarpun gembira itu hanya seketika, sekurang-kurangnya mereka merasa diri dihargai. 

Aku mengharapkan aku jadi begitu, menggembirakan orang tidak mengenal erti siapa mereka. Aku harapkan begitu... biarpun tidak dikenali. Asalkan aku tahu, mereka gembira. walaupun aku tidak digembirakan.

5 comments:

  1. merenung semalam...
    bayangan berjalan...
    dan jasad tertinggal...
    terbatas dengan dinding waktu...
    pada bayangan semalam yang masih ada...
    senyum dan tawa...
    sedih dan duka...
    kenangan oh kenangan...

    ReplyDelete
  2. kenangan manis untuk diingat... pahit bila hitam. he...

    ReplyDelete
  3. like your statement....bukan mudah mengembirakan orang lain kan..kan..kan..

    ReplyDelete
  4. memang susah.. tetapi dengan hanya senyuman kadang2 sudah menggembirakan orang. hehe... x pasti, tapi mungkin itulah kenyataan hidup.

    ReplyDelete
  5. Senyummmmm...tak perlu kata apa2...hehehe

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...